1. Taman Sentosa, Johor Bahru.

Okay taman sentosa ni siang mmg macam bandar biasa, busy, dan takde spot untuk makan yg macam dalam gambar ni. Pada saya pasar malam ni sangat unik sebab sepanjang-panjang jalan ni diorang bukak meja HANYA UNTUK GERAI MAKAN. So bayangkan aneka pilihan makanan yg boleh diperoleh dari gerai2 tersebut, dari bubur ayam, nasi goreng, kangkung sotong, kerang bakar, ikan bakar, sebut je nak apa mak bapak je takde kat situ. Pasar malam ni jugak dibahagikan untuk makanan yang halal dan non-halal. Dua-dua sama panjang sama banyak. Kalau tak silap saya, tiap2 malam pasar ni bukak. So untuk penggemar street food, sila bawa perut lebih sebab harga kat sini sangatlah berbaloi.
2. Senibong Cove Seafood.
Okay tempat makan ni hidden sikit for those yg tak biasa boleh tanya local. Nearby Taman Permas Jaya, area kampung nelayan. Aku dulu 2 3 kali gi pusing cari tempat ni at last jumpa jugak, malu tanya sesat jalan. This is home for fresh seafood, siapa nak feel2 makan ikan bakar tepi laut this place is a recommend. Bab harga boleh lah, and most important is make sure cari kedai yg korang rasa diorang sediakan ikan yg betul2 fresh. Kat sini boleh kata macam foodcourt untuk seafood lah. Oh view laut dia terus menghadap Singapore ye.
3.Murtabak Kampung Melayu Majidee

Kat johor ni murtabak paling famous is murtabak Singapore lah. Tapi ada satu tempat ni kat Kampung Melayu Majidee (area kampung Kurnia, tapi selalunya orang cakap kat kampung melayu sebab kampung diorang sebelah sebelah kot) ni dia punya murtabak cheese, weh leleh, and murtabak dia...rasa macam murtabak, tapi sedap. kedai dia buat kat area laman dia je, (lot rumah kampung sangat luas ye). Local yg suggestkan tempat ni, and lepas dah rasa tu mmg no wonder lah beratur panjang gila weh sebab nak dapatkan satu murtabak cheese je. okay kalau nak try murtabak singapore boleh datang sini and cari murtabak, jgn cari pasal sebab orang kampung melayu ni semua gangster2.
4. Der Cabin Bistro, Pasir Gudang.
masa belajar UITM dulu biasa pergi yg dekat Pasir Gudang je sebab dekat sangat dgn Campus dulu.
makan kat sini macam fancy sikit lah, tapi bukan fancy tu yg aku cari dulu, aku suka menu dia yg ala2 western sikit. and tempat dia quite nice lah yg berkonsepkan kontena lori tuu. dulu at least sebulan sekali datang sini sebab kat situ ada babershop sekali. so alang2 tunggu turn potong rambut, kita makan sekali. Oh tempat ni kalau datang lambat, certain menu dah sold out.

cukup lah aku share 4 tempat ni je dulu, nak lagi boleh request kat comment.
image source: google
0 Comments